TERA
KISAH KAMI
TERA x SERA lahir daripada satu impian yang mudah — mencipta produk premium penjagaan diri yang benar-benar memahami jiwa rakyat Malaysia. Bukan sekadar produk. Ia satu rasa.
Nama TERA berasal daripada frasa Melayu "Teraju Aura" — bermaksud kepimpinan, kekuatan dan maskuliniti yang berkarisma. Manakala SERA daripada "Seri Aura" — memancarkan keanggunan, semangat yang tinggi dan kecantikan yang bersinar.
Teraju Aura
Maskulin . Tenang . Kepimpinan
Seri Aura
Feminin . Ceria . Anggun
"Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak merasai produk premium tanpa membebankan poket. Itulah janji TERA x SERA."
PENGASAS TERA X SERA
Dicipta dengan tulus, dirumus dengan prihatin dari formulasi bertaraf dunia dan bekualiti tinggi yang sesuai dengan iklim dan jenis kulit di Malaysia.
Setiap produk melalui ujian kualiti yang ketat. Premium bukan bermakna mahal — ia bermakna terbaik untuk anda.
Dari RM 69 sahaja. Kualiti premium tidak perlu datang dengan harga yang membebankan.
Pembungkusan eksklusif yang siap untuk dijadikan hadiah. Ideal untuk perayaan, perkahwinan, ulang tahun, dan hadiah graduasi.
SERA Bundle: Set Kecantikan Premium untuk Wanita
TERA × SERA Ultimate Bundle: Empat Produk, Satu Hadiah Istimewa
Sedia melangkah ke alam kerjaya dengan aura terunggul, bina empayar anda bermula hari ini.
Kejayaan lahir daripada usaha, ketekunan dan keberanian, raikannya dengan kemewahan.
Setahun yang bermakna, diraikan dengan sentuhan kemewahan.
Membawa semangat Raya yang berseri kepada insan-insan tersayang.
TERA x SERA's Ultimate Bundle
Setelah pembayaran disahkan, pesanan akan diproses untuk penghantaran dan akan sampai dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan
Penghantaran ke Malaysia Timur belum tersedia buat masa ini (Sabah & Sarawak).
Ya, semua jualan adalah muktamad atas sebab kebersihan dan keselamatan yang sewajarnya.
Kami menanggung kos penghantaran bagi pesanan melebihi RM100.
Formulasi klinikal kami dikilangkan dan dimeterai di bawah keadaan makmal yang ketat. Bagi menjamin keselamatan, keberkesanan, dan kebersihan produk kami untuk setiap pelanggan, kami tidak menerima pemulangan, pertukaran, atau bayaran balik atas sebab perubahan fikiran, ketidakpuasan hati yang bersifat subjektif, atau pemilihan produk yang salah oleh pembeli.
Walau bagaimanapun, pengalaman anda semasa membuka bungkusan dilindungi sepenuhnya. Kami menawarkan Jaminan Kepastian Klinikal 7 Hari yang ketat khusus untuk bungkusan yang tiba dalam keadaan rosak, mempunyai kecacatan pengilangan, atau mengandungi item yang salah akibat kesilapan pemenuhan pesanan.